11 June 2017

finally in degree life


I'm officially finished my final semester of my final year. Tak terasa 5 tahun berlalu dengan cepat untuk segulung ijazah sarjana muda. 5 tahun aku bergelut dengan diri aku dengan persoalan,


"Is this what I wanted?"

"Bukan ke aku bercita-cita nak jadi doktor?"

"Kenapa aku kat sini?"

Masa tu aku tak mampu nak patah balik sebab aku tahu ia pasti mematahkan harapan mama ayah. Semangat dan jati diri aku hilang entah kemana. Ayah bermain dengan emosi aku. Aku tak terkejut kalau aku ada masalah depression. Tahun pertama aku jatuh dan lost. Pointer aku jangan cerita, aku tak pernah expect seteruk itu. Macam biasa, aku berlagak tenang, because I believe God saw my whole efforts to bring out myself again. 

Kalau mama tanya pointer aku, aku just jawab, 

"Maaf sebab akak bukan orang pandai, tapi you know that I can make it at the end like always,".

 Masa tu aku fikir, aku harapan mama dan aku kena buat wanita itu happy.  Tahun kedua, aku jadi stable. I found a few persons that I trusted that I could share stories. Di mana aku boleh jadi diri sendiri. Diri aku yang aku tak pernah tunjuk kat rumah dan kepada sesiapa pun sebelum ni. Aku join mana-mana aktiviti yang aku suka to overcome my depression. Tahun ketiga, aku travel pergi Seoul, Osaka, Jogjakarta, Bandung dan Jakarta. Travelling is one of my way to escape from my miserable, pathetic and sorrowful life. Alhamdulillah both of my parents tak halang hobi aku yang ini. Perlahan-lahan aku jumpa diri aku balik. I became better.

Macam-macam aku belajar sepanjang 5 tahun. Kau akan discover another part of yourself that you haven't known all of your life. Kawan pertama yang kau jumpa masa hari pertama orentasi kadang-kadang bukan kawan yang ada kat sebelah kau masa hari terakhir semester. Kau akan jumpa groupmates yang susah nak ajak group discussion (mostly guys. Yang nampak alim dan baik tu lah jarang datang meeting. Tapi tak apa, asal they gave their parts in group project, then i'm okay). Sepanjang aku menuntut ilmu, classmates aku tak pernah nak unite (guys paling susah nak participate and tak sporting langsung) tapi mereka lah yang aku sayang tanpa syarat.


terima kasih sahabat