05 September 2015

realiti sahabat

Sahabat bukan sepasang, bahkan bukan bertiga.
Sahabat adalah seseorang yang kau jadikan sebahagian daripada hidup kau.
Seseorang yang kau nak jaga.
Seseorang yang kau tak mahu orang lain lukakan dia.
Ya, seperti berlian yang berkilau.

Ada yang kata sahabat itu keluarga.
Ada juga yang kata sahabat adalah selepas sang kekasih.
Ada yang kata sahabat itu selamanya,
Tapi aku kata sahabat itu adalah soulmate aku.
Walaupun mereka datang dan pergi.

Mencari sahabat yang baik itu tak mudah.
Kadang-kadang kita suka memilih.
Dan paling sukar adalah untuk menghargai.
Mahukan yang memahami,
Mahu yang cantik rupawan,
Mahukan setara dan bergaya,
Kemahuan gila yang kau ciptakan sendiri.

Mereka lupa erti kebersamaan,
Mereka lupa kata toleransi,
Mereka juga lupa erti menghargai,
Tidak aneh kalau ada yang hilang sahabat kala ini,
Berpunca kepada ego dan keras kepala.

Sebelum mencari sahabat yang baik, jadilah sahabat yang baik.