dua disember dua puluh enam belas,
bertemu denganmu bermula daripada satu kebetulan,
dan kebetulan itu perlahan-lahan menjadi sebuah takdir,
takdir yang aku sendiri tak dapat rungkaikan.
empat disember dua puluh enam belas,
keputusan menghulurkan tangan untukmu bermula daripada bentuk prihatin,
dan prihatin itu perlahan-lahan menjadi perasaan ingin melindungimu
daripada bala-bala bahaya di luar sana,
lucu bukan?
aku pun bingung di sini.
pertanyaan demi pertanyaan berlagu di kepala aku.
kenapa kamu?
kenapa kau selalu mengingatkan aku tentang dia?
kenapa harus kamu jadi sosok 'dia'?
bukan kah masih banyak yang cantik dan polos di luar sana,
bukankah masih berjimbun yang baik hati dan jujur di muka bumi ini.
kenapa harus kamu yang terang-terangan gemar mendongak kepalamu ke langit?
kenapa harus kamu yang selalu jahil dan ingkar tentang agama?
betul kata Carl,
di sebalik seribu keburukan yang aku lihat, aku hanya mampu melihat satu kesempurnaan.
itu kamu.
Al Ghazali
8 Desember 2016
Hotel Ibis